Saya ingin tujukan kemasukan blog saya pada hari ini khas kepada Lady Eowyn. Ini adalah kerana beberapa hari yang lepas, beliau telah menulis sebuah kemasukan dalam blog beliau menggunakan bahasa kebangsaaan. Sejak itu, saya seolah-olah disampuk untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam semua penulisan saya. Ini namanya "copycat". Setelah diterjemahkan, ia bermaksud "meniru", dan bukannya "tiru kucing".
Hari ini, saya ingin menulis mengenai fenomena (yang sangat rapat dengan diri saya) di sebalik sebuah perkataan.
Tahukah anda bahawa jika perkataan Bahasa Inggeris "busybody" diterjemahkan terus ke dalam Bahasa Melayu ianya akan jadi "sibuk badan"?
Walau bagaimanapun, anda harus mengetahui bahawa bukan itu maksud sebenarnya. Ertikata sebenar "busybody" adalah seorang yang sangat suka menyibuk dalam semua hal, terutama sekali hal-hal yang tidak berkaitan dengannya. Maka itu, perkataan yang dapat mencermikan maksud sebenar "busybody" adalah "si penyibuk"
Dan tahukah anda bahawa saya ini merupakan si penyibuk? Ye... Tidak dapat dinafikan bahawa saya sebenarnya sangat suka mengambil tahu mengenai urusan orang lain yang tiada kena mengenapun dengan diri saya.
Saya rasa ini merupakan sifat semulajadi diri saya. Saya tidak pasti jika saya mewarisi sifat berkenaan daripada ayah ataupun ibu saya. Ini adalah kerana saya rasa kedua-dua orang tua saya tidaklah mempunyai kemahiran berkenaan dengan sangat hebat seperti yang ada pada diri saya.
Saya tahu ramai yang akan mengatakan bahawa tidak baik menjadi dan dikenali sebagai si penyibuk. Ini adalah kerana tiada faedah boleh didapati daripadanya. Malah ianya dapat memburukkan lagi keadaan jika anda mendengar cerita-cerita dan khabar-khabar angin berkenaan dan seterusnya menyebarkannya kepada orang lain.
Namun, saya kurang setuju dengan pendapat berkenaan. Saya ingin tekankan, saya KURANG bersetuju. Dan bukannya tidak setuju terus.
Ya, saya setuju ia kadangkala dapat menjadikan keadaan dan persahabatan lebih hura hara dan porak peranda jika gossip liar itu semakin berleluasa. Tambahan lagi jika ia telah diulas dengan pelbagai cara oleh pelbagai pihak sehingga cerita sebenarnya menyimpang jauh daripada cerita asal.
Akan tetapi, cerita-cerita sebeginilah yang akan menjadikan hidup saya lagi meriah. Dan saya pasti ada juga di kalangan anda yang setuju dengan pendapat saya ini, bukan? Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana apabila saya berjumpa dan melepak dengan kawan-kawan di kedai mamak, gossip hangat dan liar inilah (dan ada juga yang tidak hangat mahupun liar) yang akan menjadi bahan bualan kami. Apabila kawan-kawan bersembang dengan meriahnya, ia dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kami.
Ya, saya memahami jika anda tidak setuju dengan kenyataan saya di atas. Anda tidak perlu setuju. Ini adalah kerana kenyataan di atas adalah pendapat peribadi saya. Saya berhak untuk menyuarakan pendapat saya. Dan anda juga berhak untuk tidak setuju dengan pendapat saya. Jadi marilah kita masing-masing hormat dengan pendapat masing-masing.
Saya ingin jelaskan, saya sedar bahawa menjadi si penyibuk adalah suatu sifat yang amat tidak sihat. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat menahan diri saya dengan berbuat demikian. Ini adalah kerana saya sangat minat dengan gossip dan perkara-perkara (yang baik juga yang buruk) yang terjadi kepada orang-orang di sekiling saya. Saya lebih gemar jika gossip hangat itu melibatkan kawan-kawan saya atau orang-orang yang saya kenali.
Lebih-lebih sekarang di zaman teknologi maklumat ini, saya mudah memperolehi maklumat saya saya tagihkan ini melalui blog kawan-kawan saya. Tambahan pula, saya sekarang sangat taksub dan teruja dengan Facebook.
Saya rasa Facebook banyak membantu saya menjadi si penyibuk dengan jayanya. Ini kerana saya dapat mengetahui banyak perkara yang akan, sedang dan telah terjadi di dalam kehidupan kawan-kawan saya. Ia merupakan sebuah laman web yang dapat memenuhi segala sifat penyibuk di dalam diri saya.
Ya, saya mengaku saya amat suka dengan Facebook. Akan tetapi, ianya tidak sama seperti berjumpa serta bersemuka dengan kawan-kawan, mendengar dengan telinga sendiri dan melihat dengan mata sendiri gelagat kawan-kawan semasa mereka menyampaikan segala cerita yang berunsurkan menyibuk. Saya juga dapat meluahkan perasaan dan pendapat saya dengan ikhlas setelah mendengar cerita-cerita mereka. Terima kasih kawan-kawan, kerana membuatkan hidup saya lebih bermakna.
Saya meminta maaf jika anda tertipu bahawa kemasukan blog saya pada hari ini adalah berbentuk ilmiah. Saya tahu anda pasti kecewa kerana tiada pengetahuan berbentuk positif yang boleh didapati di dalam blog saya pada hari ini. Tetapi saya juga pasti, selama inipun, tidak pernah ada sebarang kemasukan blog saya yang berbentuk ilmiah. Semuanya sekadar untuk suka-suka dan hiburan sahaja, terutama sekali bagi kawan-kawan saya yang sama si penyibuk seperti saya.
Maka dengan itu, saya mohon mengundur diri. Saya perlu menjalankan tugas-tugas saya di pejabat dan tidak membazir wang rakyat dengan menghabiskan masa menulis kemasukan dalam blog saya ini.
Sekian, terima kasih.

3 comments:
wei!! giler skema ayat!!!
very the.
Saya amat suka membaca cerita 'sibuk badan' ini. Mengingatkan saya kepada zaman sekolah-sekolah dulu. Buat pengetahuan akak, saya pun suka 'sibuk badan'. Hobi saya sejak zaman dulu lagi. (Skema nyerrrr... isk!)
Akak!! update ler lagi.. or maybe 'sibuk badan Part II' ehehe.. :P
Post a Comment