Friday, January 23, 2009

Saya sangat penat...

The past few weeks have been intensely hectic for me at the office and also at the gym.
I'm dead tired.
I feel stressed out.
I'm always grumpy.
I feel messy all the time.
I feel irritated all the time.
My temper is super short.

I need a break.

Thank God it's the Chinese New Year holidays this weekend. Four days of away-from-work!!! Yiiieeehhhaaa!!!

Looking forward to the Melaka trip with the hommies tomorrow. Can't wait to jalan-jalan, eat, laugh and take photos the whole day long.

Melaka... Here we commmeee!!!

Wednesday, January 14, 2009

Happy Belated New Year

1430 Hijrah and 2009 Masehi!!!

And the Chinese ox year is coming up soon, yo. Time flies by so fast!!! It's already the 14th!!! And we're already almost halfway through the first month of 2009!!!

It's a giler super belated wish, huh? Oh well... What to do... Have been piled up with tons of work at the office, I can hardly breathe. Denggg...

I don't wanna bore you peeps with dull stories about my work. Believe me, they are DULL. Hectic and stressful, but DULL. So, this is gonna be a short one, ok.

So... Wishing everyone a wonderful, fabulous, happy, healthy, safe and supercallifragilisticexpiallydocious year ahead!!! Keep on rockin' your world, uolsz!!!

Monday, December 22, 2008

Brief Recap

Friday, 19 December 2008:
Osmy's early birthday party in Delicious, Bangsar Village 2.
25 guests + birthday boy = 26 pax
Birthday boy smelt something fishy the whole week.
Hence, the surprise birthday party turned out not to be a surprised one.
Just hope the birthday boy enjoyed himself. =)

Saturday, 20 December 2008:
Steph's early birthday party at her home in Taman Mayang.
Sangat happening, ok.
Ramai orang datang.
Sampai tak dapat nak kira.
Tapi hampir 70% daripada tetamu saya tak kenal. Hehe...
Sangat seronok sebab dapat lepak dengan Juwita, Anthony, Kenny, William, Dennis, Colin dan Brian sehingga bergelak ketawa yang sangat besar.
Leo takde dalam senarai sebab dia tak pergi.
Sebab dia gi kenduri kawin Azma.

Sunday, 21 December 2008:
Lunched in Ayam Penyek, The Curve with Juwita and Nuril.
Just order the ayam penyek, ok.
The other dishes are so-so.
Service was =( .
Bonus = they don't charge us service or government tax.
Watched "Histeria" at Cineleisure with Juwita, Leo + adik silat, Eusopth, Alif, Engku and Nuril.
Yes, yes, I know...
I usually don't watch horror movies.
But I can watch Malay horror movies, all right... =P
Sket, sket bolehlar.
The story was quite impressive, uolsz.
Pelakon-pelakon pun berlakon dengan agak modelsz.
Tapi sangat menakutkan, ok.
Well, at least for me.
Kesian Nuril kena cakar banyak kali.
Kalau tak nak kena cakar, jangan duduk sebelah I tengok horror movie, ok. =P

And that's the summary of my weekend. ;-)

Saturday, December 20, 2008

Saya rasa saya sudah...

...hafal hampir kesemua choreography BJ47.
Sehingga lagu Recovery.

Hehehe... Baru hafal separuh jer, babe.

My memory retention abilities are not functioning as well as they should, ok. And the FF BJ47 launches are starting Tuesday.

Hello, my dear brain. Please wake up soon... I need you...

Monday, December 15, 2008

Makcik dah 33!!!

Yeay!!!

Happy birthday to meee...
Happy birthday to meee...
Happy birthday to makciiiiiiiikkkkkkkk...
Happy birthday to meeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

KEBABOOOOOOOMMMMMMMM!!! =D

Thank you for all your:
warm wishes
thoughts
presence
presents
makan-makan outings
cakes
etc.

It's an honour having all of you in my life and making it such a richer and wonderful one.

God bless all of you.
Peace, uolsz!!!

Friday, December 12, 2008

Batuk Kung-Kung-Kung

Coughing is explained as a reflex that keeps your throat and airways clear. Although it can be annoying, coughing helps your body heal or protect itself. Coughs can be either acute or chronic. Acute coughs begin suddenly and usually last no more than 2 to 3 weeks. Acute coughs are the kind you most often get with a cold or a flu. Chronic coughs last longer than 2 to 3 weeks. Causes of chronic cough include:
Asthma
Allergies
COPD (chronic obstructive pulmonary disease)
GERD
(gastroesophageal reflux disease)
Smoking
Throat disorders, such as croup in young children
Some medicines
Water can help ease your cough - whether you drink it or add it to the air with a steamy shower or vaporizer. If you have a cold or the flu, antihistamines may work better than non-prescription cough medicine.
*Courtesy of http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/cough.html*

Wth?

Ok, ok... Fyi, saya sekarang batuk kung-kung-kung yang kalau saya cerita texture dan warna kahak saya, korang sume akan termuntah. Saya saja je buang tebiat google pasal batuk. Ingat nak buat diri knowledgeable sket and cari batuk jenis apa yang dok buat saya kung-kung-kung nie. Tapi bila baca, teros tersengguk kebosanan. So, last-last, tak tahulah plak yang mana satu menggambarkan keadaan sebenar saya sekarang ye.

Batuk saya nie dah berlanjutan lebih dua minggu, ok. Dah lima jenis ubat batuk saya telan. Nasiblah ubat batuk yang terakhir yang mama kesayangan saya belikan untuk saya, sangat amatlah berkesan untuk kung-kung-kung saya.

Tetapi ubat tu juga sangat berkesan untuk membuat saya tido pengsan tak ingat dunia di waktu bekerja semasa di pejabat juga. (Boss, jangan amik tindakan tatatertib saya tido di pejabat.)

Hari tu saya jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, ada yang kata saya kurus. Baru je nak rasa bangga, tiba-tiba diorang kata, "Ingat kurus tu lawa sangat ke?" Sentap jap. Betol jugak. Bila tengok gambar-gambar terkini, nampak kurus yang tak sihat. Nampak haggard dan tua. I say heyyyyyyyy...

Tapi nak buat camne. Dalam dua minggu lebih saya dok berkung-kung-kung nie, takde selera nak makan. Plak tu, sejak minggu lepas, segala apa yang ditelan, sume akan muntah semula tiap kali serangan kung-kung-kung datang. Haruslah turun berat badan ku.

La nie... Lepas makan ubat batuk mama yang sangat amat power nie, barulah ada selera balik nak makan. Sebab dah kurang dah serangan kung-kung-kungnya. Nasib dah tak muntah lagi dah.

Lain kali saya tahulah. Kalau saya nak kurus, saya kena batuk kung-kung-kung sampai muntah-muntah je.

*Hiyark dish!!!*

Wednesday, December 3, 2008

Zero Posts Di Bulan November

Haisyyy...
Sudah masuk bulan Disember.
Bulan November langsung takde entry.
Busy bangat ke aku nie?
Ke saja je buat-buat busy?
Sebab alasan tak perlu update blog.
*hiyark dish diri sendiri*

Kata resolution nak memblog dengan lebih rajin selepas second half of the year.
Hangat-hangat taik burung unta jer...

Silalah sabar menanti kemunculan saya semula ye.
Sokongan dan kesabaran anda amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Thursday, October 16, 2008

Sibuk Badan

Saya ingin tujukan kemasukan blog saya pada hari ini khas kepada Lady Eowyn. Ini adalah kerana beberapa hari yang lepas, beliau telah menulis sebuah kemasukan dalam blog beliau menggunakan bahasa kebangsaaan. Sejak itu, saya seolah-olah disampuk untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam semua penulisan saya. Ini namanya "copycat". Setelah diterjemahkan, ia bermaksud "meniru", dan bukannya "tiru kucing".

Hari ini, saya ingin menulis mengenai fenomena (yang sangat rapat dengan diri saya) di sebalik sebuah perkataan.

Tahukah anda bahawa jika perkataan Bahasa Inggeris "busybody" diterjemahkan terus ke dalam Bahasa Melayu ianya akan jadi "sibuk badan"?

Walau bagaimanapun, anda harus mengetahui bahawa bukan itu maksud sebenarnya. Ertikata sebenar "busybody" adalah seorang yang sangat suka menyibuk dalam semua hal, terutama sekali hal-hal yang tidak berkaitan dengannya. Maka itu, perkataan yang dapat mencermikan maksud sebenar "busybody" adalah "si penyibuk"

Dan tahukah anda bahawa saya ini merupakan si penyibuk? Ye... Tidak dapat dinafikan bahawa saya sebenarnya sangat suka mengambil tahu mengenai urusan orang lain yang tiada kena mengenapun dengan diri saya.

Saya rasa ini merupakan sifat semulajadi diri saya. Saya tidak pasti jika saya mewarisi sifat berkenaan daripada ayah ataupun ibu saya. Ini adalah kerana saya rasa kedua-dua orang tua saya tidaklah mempunyai kemahiran berkenaan dengan sangat hebat seperti yang ada pada diri saya.

Saya tahu ramai yang akan mengatakan bahawa tidak baik menjadi dan dikenali sebagai si penyibuk. Ini adalah kerana tiada faedah boleh didapati daripadanya. Malah ianya dapat memburukkan lagi keadaan jika anda mendengar cerita-cerita dan khabar-khabar angin berkenaan dan seterusnya menyebarkannya kepada orang lain.

Namun, saya kurang setuju dengan pendapat berkenaan. Saya ingin tekankan, saya KURANG bersetuju. Dan bukannya tidak setuju terus.

Ya, saya setuju ia kadangkala dapat menjadikan keadaan dan persahabatan lebih hura hara dan porak peranda jika gossip liar itu semakin berleluasa. Tambahan lagi jika ia telah diulas dengan pelbagai cara oleh pelbagai pihak sehingga cerita sebenarnya menyimpang jauh daripada cerita asal.

Akan tetapi, cerita-cerita sebeginilah yang akan menjadikan hidup saya lagi meriah. Dan saya pasti ada juga di kalangan anda yang setuju dengan pendapat saya ini, bukan? Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana apabila saya berjumpa dan melepak dengan kawan-kawan di kedai mamak, gossip hangat dan liar inilah (dan ada juga yang tidak hangat mahupun liar) yang akan menjadi bahan bualan kami. Apabila kawan-kawan bersembang dengan meriahnya, ia dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kami.

Ya, saya memahami jika anda tidak setuju dengan kenyataan saya di atas. Anda tidak perlu setuju. Ini adalah kerana kenyataan di atas adalah pendapat peribadi saya. Saya berhak untuk menyuarakan pendapat saya. Dan anda juga berhak untuk tidak setuju dengan pendapat saya. Jadi marilah kita masing-masing hormat dengan pendapat masing-masing.

Saya ingin jelaskan, saya sedar bahawa menjadi si penyibuk adalah suatu sifat yang amat tidak sihat. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat menahan diri saya dengan berbuat demikian. Ini adalah kerana saya sangat minat dengan gossip dan perkara-perkara (yang baik juga yang buruk) yang terjadi kepada orang-orang di sekiling saya. Saya lebih gemar jika gossip hangat itu melibatkan kawan-kawan saya atau orang-orang yang saya kenali.

Lebih-lebih sekarang di zaman teknologi maklumat ini, saya mudah memperolehi maklumat saya saya tagihkan ini melalui blog kawan-kawan saya. Tambahan pula, saya sekarang sangat taksub dan teruja dengan Facebook.

Saya rasa Facebook banyak membantu saya menjadi si penyibuk dengan jayanya. Ini kerana saya dapat mengetahui banyak perkara yang akan, sedang dan telah terjadi di dalam kehidupan kawan-kawan saya. Ia merupakan sebuah laman web yang dapat memenuhi segala sifat penyibuk di dalam diri saya.

Ya, saya mengaku saya amat suka dengan Facebook. Akan tetapi, ianya tidak sama seperti berjumpa serta bersemuka dengan kawan-kawan, mendengar dengan telinga sendiri dan melihat dengan mata sendiri gelagat kawan-kawan semasa mereka menyampaikan segala cerita yang berunsurkan menyibuk. Saya juga dapat meluahkan perasaan dan pendapat saya dengan ikhlas setelah mendengar cerita-cerita mereka. Terima kasih kawan-kawan, kerana membuatkan hidup saya lebih bermakna.

Saya meminta maaf jika anda tertipu bahawa kemasukan blog saya pada hari ini adalah berbentuk ilmiah. Saya tahu anda pasti kecewa kerana tiada pengetahuan berbentuk positif yang boleh didapati di dalam blog saya pada hari ini. Tetapi saya juga pasti, selama inipun, tidak pernah ada sebarang kemasukan blog saya yang berbentuk ilmiah. Semuanya sekadar untuk suka-suka dan hiburan sahaja, terutama sekali bagi kawan-kawan saya yang sama si penyibuk seperti saya.

Maka dengan itu, saya mohon mengundur diri. Saya perlu menjalankan tugas-tugas saya di pejabat dan tidak membazir wang rakyat dengan menghabiskan masa menulis kemasukan dalam blog saya ini.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 15, 2008

Rain, rain go away... Come again another day...

Yes, it's been raining quite heavily during the evenings these past few days. And it definitely doesn't help the traffic condition here in KL. I'm stuck in the jam practically every day. Huuuuuuuu...

Anyway, it's not just the rain or the weather. It's also me, feeling under the weather. You know how they say that rain can sometimes make you feel blue? Usually it doesn't to me. But just this once, yes.

It's been over a week already. And I still have the sore throat. It's not as bad as it was last week, but now the COUGHING is getting worse. Someone somewhere said that falling sick can sometimes be psychological. Hmmm... Really? Okay, now I'm willing myself not to fall sick. Now is not a good time for ill health.

I guess it doesn't help when I've been in melantak mode ever since Raya. On top of that, I've been consuming glasses and glasses of iced syrup bandung. Entah buang tebiat ke apa. I haven't been consuming iced drinks for a long, loooooooonnnnnnnngggggggg time. I can't even recall the last time I had a class of iced drink. That's how long ago it was. Tapi bila dah start minum, berbaldi-baldi sekali harung. Tak larajjj...

Anyway, the sore throat thingy is fine. Even the fever is something I can put up with. But the coughing... Help help helppp... I'm taking my meds and cough syrup, but I somehow it seems to be aggravating the cough. Sebab sekarang batuk makin teruk. I might have to change to a different cough syrup then. Ello, doctor. Ini ubat batuk saya tarak muleh minum worrr... Ini batuk lagi terok worrr... Kasi angkat yang lain...

Oh well... It's been a while since I've fallen sick. It's good to be sick once in a while. It makes you think more of God. And it makes you appreciate your good health even more.

Thursday, October 9, 2008

A Moment of Prayer

My condolences to the family of arwah Kak Noriah Abu Bakar. The loss of your loved one was a shock to everyone.

Baru jer semalam tegur arwah dengan suka ria di pejabat.
Death may come knocking at our door tak kira masa, keadaan dan tempat.

May you rest in peace.

Al-Fatihah.