Semalam merupakan sambutan ulang tahun kawan baik kami si botak ittiew. Bro dan Makcik telah membuat perancangan untuk mengumpul semua kawan-kawan di Satay Station Mont Kiara untuk membuat party makan satay sempena hari ulang tahun kelahiran kawan kami ittiew.
Hampir semua dapat hadir. Meriah sangat. Kami telah memesan satay yang banyak dan juga mee rebus bagi mereka yang berminat. Bro juga telah membeli pizza dari kedai sebelah. Cik Tweety Bird telah membantu kami dengan membeli kek hari jadi. Memang kami melantak sakan pada malam ittiew.
Maaflah ye sebab tiada gambar pada kali ini. Sang tukang gambar semua tidak memuat naik gambar-gambar yang telah mereka ambil agar saya dapat memuat turun gambar-gambar tersebut bagi tujuan memasukkanya dalam blog saya.
Selamat hari jadi, Encik Murugagu Barokbah Marqonah Wal Kuntum Aj-Ma'iin. Moga-moga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. InsyaAllah. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik serta kebahagiaan dan rezeki yang melimpah. InsyaAllah.
Enjoice.
*Gambar di atas merupakan ehsan tuan empunya gambar sendiri.

No comments:
Post a Comment